Blogger Layouts

TAZKIRAH

KEBAHAGIAN HAKIKI

Seluruh hidup manusia, semua tenaga dan 'kebijaksanaan' dicurahkan untuk mencari kebahagian dunia yang jarang sampai 100 tahun pun, walhal, tujuan hidup manusia adalah untuk mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat, hari yang tiada penghujungunya. Sebagai satu muhasabah, cuba kita lihat dalam diri kita, apakah kita mampu mengekalkan solat fardhu yang lima?, yang hanya memakan masa hanya 15 minit sehari semalam. Mengapa amat berat kita mengekalkan solat berjamaah sedangkan kita tahu ia 27 kali lebih baik darpada solat bersendirian.

 

DO

Untuk tujuan keselamatan, mendinding diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini, sihir, santau, gangguan manusia, jin dan sebagainya, amalkan membaca ayat 128 hingga 129 Surah at-Taubah sebanyak 7 kali setiap pagi selepas solat Subuh dan setiap malam selepas solat Maghrib. Insya' Allah, jika kita baca dengan betul, tiada apa pun akan memudaratkan kita setelah mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala.