Blogger Layouts

AKHLAK



1. tutur kata Rasullullah- baginda sangat istimewa. tutur kata baginda sentiasa tersusun dan teratur, tidak cepat serta terburu buru. berikut adalah Diriwayatkan dari 'Aiysah radhiyallahu 'anha bahwa ia berkata: 
"Tutur kata Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam sangat teratur, untaian demi untaian kalimat tersusun dengan rapi, sehingga mudah dipahami oleh orang yang mendengarkannya." (HR. Abu Daud) 

 perhatikan kelemah lembutan dan keluasan hati Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam , beliau sudi mengulangi perkataan agar dapat difahami dan tidak seperti kebanyakan kita pada masa kini, disebalik kata-kata beliau juga boleh dilihat bahawa baginda tegas dalam kata katanya.


2.sabar dan pemaaf - antara kisah yang boleh dijadikan teladan kepada sifat mulia rasulullah ialah tentang kisah hubar bin Al aswad, hubar sangat memusuhi Islam dan menyakiti kaum muslimin dan keluarga Rasulullah iaitu Zainab r.a. hubar memanah unta yang ditunggang oleh Zainab sehingga unta itu jatuh dan mati. lebih kejam lagi Zainab pada ketika itu sedang sarat  mengandung, tarjatuh dari unta dan menyebabkan keguguran.sudah tentu kejadian seperti itu mencabar kesabaran. namun setelah peristiwa pembukaan Mekah Hubar memita maaf daripada baginda dan baginda memaafkan beliau. setelah itu Hubar memeluk Islam. 
             itulah antara salah satu contoh daripada sifat sabar dan pemaaf baginda. 

3. kasih sayang- apabila baginda tidak nampak sabhabatnya dalam  masa beberapa hari, baginda akan mula bertanya keberadaan sahabatnya. baginda kerap mengunjungi sahabatnya, makan bersama dan solat bersama.
begitulah antara beberapa contoh sifat mulia Rasulullah. dari semua suduk aspek kehidupan, baginda begitu merendah diri,  mesra dan tegas.